Laman Utama | Profile Jutawan | Testimonial | Bonus

Profile Mentor JUTAWAN

Dato' Dr Fadzilah Kamsah

 

Dato Dr Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang. Beliau adalah pengarah urusan Exel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari Jan 1993 hingga Sept 1993. Beliau Pernah memegang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan, UPM.

Beliau pemegang ijazah B.S Agric. Sciences 91st Class Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memiliki Ph.D Organisational Communication dari Wisconsin, USA pada tahun 1984.

Dalam bidang kejurulatihan beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, konflik dan stres, teknik kejurulatihan, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah, keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan diri dan sebagainya.

 

 

Azizi Ali

 

Kepakaran Azizi Ali hanyalah 1 - bidang kewangan. Jika anda ingin mengetahui tentang wang - Bagaimana hendak mengurus, menyimpan, berbelanja dan menjana kewangan tersebut, Azizi Ali adalah orangnya. Pendek kata beliau pakar dalam 2 perkara - wang dan menyelesaikan masalah kewangan anda.

Beliau adalah penulis kepada 30 buku terlaris dalam bidang Pengurusan Kewangan Peribadi di Malaysia, Brunei dan Singapura. Antaranya termasuk:- 'Jutawan Dari Planet Jupiter!', 'Lahirnya Seorang Jutawan', 'Jutawan Ekstrem', 'Pelita Jutawan', 'Pesara Jutawan', 'Tuan Rumah Jutawan', 'Jutawan Hartanah', 'Juara Lelongan Hartanah', 'Jutawan Saham' dan banyak lagi.

Azizi Ali berpengalaman dalam mengendalikan kem latihan kerja (workshops) untuk Securities Commission, Petronas, KWSP, PNB, Prudential Assurance, Public Mutual, Takaful Nasional, MAS, HLA Assurance, AM Assurance, LIAM, MIEA, FIABCI, ISM, UTM, UIA, Brunei, Singapura serta pernah menerima lebih 12,000 perserta di Bangkok, Thailand. Semuanya tertumpu kepada perkara mengenai kewangan. Dengan gaya bersahaja dan bersemangat serta penuh dengan contoh-contoh mudah difahami membolehkan beribu-ribu perserta mendapat manfaat daripada kem latihan beliau.

Beliau juga pernah menulis pelbagai artikal untuk New Straits Times, Personal Money, Smart Investor dan lain-lain percetakan. Apa yang lebih menarik beliau merupakan kolumnis bulanan bersama Usahawan Malaysia.

Beliau juga sering muncul di TV3, RTM, Astro Ria, 8TV, Singapura News Radio, Brunei RTB, Radio Era, Radio 24 Bernama dan Radio KL.


Azizi Ali merupakan Chartered Financial Consultant (ChFC) dan pemegang MBA dari Universiti Bath, UK

 

 

Irfan Khairi

 

Irfan Khairi adalah penceramah motivasi usahawan generasi baru. Sebagai seorang usahawan, penulis buku yang laris di pasaran dan juga pakar motivasi, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan di majalah, akhbar (Nur, Maskulin, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Mingguan Wanita, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Malay Mail, Harian Merto dan Kosmo) dan juga media penyiaran (TV1, TV2, TV3, 8TV, TV9 dan ASTRO).

Beliau merupakan penulis ruang motivasi usahawan di beberapa majalah tempatan. Irfan juga mengendalikan segmen perniagaan dan kewangan di Astro Awani dan juga program bicarawara 'Jutawan' di Radio24.

Penerima anugerah Certificate of Doctorate in Business Administration dari Oxford Assosiantion of Management. Sering digelar "Jutawan Muda" dan "Jutawan Internet" kerana pencapaiannya (RM1 juta) dalam perniagaan Internet pada usia 25 tahun.

Irfan Khairi percaya minda adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan cemerlang.

Kini misi peribadi beliau ialah untuk mendedahkan teknik dan strategi yang digunapakai bertahun-tahun lamanya oleh mereka yang bergelar "JUTAWAN" kepada semua.

 

 

PERHATIAN!: Pemberian BONUS pada harga RM40 adalah TERHAD kepada 50 30 pelangan sahaja. Harga akan dinaikkan selepas ini.

Jangan lepaskan peluang ini!

*Nota: Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi adalah ebook (format digital) dan akan dihantar kepada anda melalui email dalam masa 24jam selepas membuat bayaran. Anda hanya 24jam sahaja daripada mengetahui permata-permata ilmu 8 Mentor Jutawan ini.

 

 

Laman Utama | Bonus | Testimonial | Mengenai Kami | Hubungi Kami

 
Isi kandungan ebook ini adalah transkripsi temubual Irfan Khairi bersama ikon-ikon jutawan melalui program Radio 24, Jutawan bersama Irfan Khairi. Hakmilik isi kandungan adalah milik Irfan Khairi Sdn Bhd dan Radio24.

Hakcipta Terpelihara 2009-2010 RahsiaMentorJutawan.com. Laman web ini tidak boleh dicetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran.